Pusat Pengajian Al-Quran Dan Hadith Maarif Al Wahyu
Beroperasi di No. 40, Jalan Cendana 3/13B, Seksyen 3, 40000 Shah Alam. PPQH berpegang bahawa Al-Quran dan As-Sunnah merupakan sumber petunjuk utama bagi kehidupan seorang Muslim. Mempelajari Al-Quran dan Hadith bukan sekadar menguasai bacaan dan hafazan, tetapi satu perjalanan mengenal Allah SWT, membentuk adab, dan menterjemahkan ilmu kepada amal.
Pusat Pengajian Al-Quran & Hadith Berwibawa
Menjadi pusat pengajian Al-Quran dan Hadith yang berwibawa, berteraskan ilmu dan adab, serta menjadi rujukan masyarakat dalam pembelajaran Al-Quran dan Hadith.
- Menyediakan pengajian Al-Quran dan Hadith yang tersusun, berkualiti, dan berterusan mengikut tahap pelajar.
- Membina penguasaan Al-Quran menyeluruh melalui bacaan, tajwid, hafazan, talaqqi, dan kefahaman.
- Memperkukuh kefahaman terhadap Hadith dan As-Sunnah sebagai panduan hidup berkeluarga dan bermasyarakat.
- Membuka peluang pembelajaran kepada masyarakat tanpa mengira peringkat usia secara bersemuka mahupun dalam talian.
Penguasaan Al-Quran
Meningkatkan keupayaan pelajar membaca Al-Quran dengan betul dan bertajwid melalui bimbingan sistematik para asatizah.
Hafazan & Talaqqi
Menyediakan ruang memperkukuh hafazan secara talaqqi, tasmiβ, dan murajaah berperingkat (bermula Juzuk 30 hingga 30 juzuk).
Khidmat Masyarakat
Meluaskan manfaat ilmu Al-Quran dan Sunnah kepada komuniti setempat Seksyen 3 dan masyarakat umum tanpa mengira usia.