Setiap Langkah Ada Bimbingan
Tidak kira usia, perjalanan bersama Al-Quran sentiasa terbuka. PPQH mengalu-alukan pelajar daripada pelbagai peringkat umur untuk mempelajari Al-Quran dan Hadith melalui bimbingan guru secara bersemuka atau dalam talian.
Sama ada anda ingin memperbaiki bacaan Al-Quran, menghafaz Kalam Allah, mendalami ilmu tajwid, mempelajari Hadith atau mengenali Bahasa Arab, PPQH menyediakan pelbagai pilihan pengajian dengan bimbingan guru.
A. Program Berterusan
Bimbingan One-to-One • BerperingkatHafazan atau Talaqqi Al-Quran
Hafazan Al-Quran: Memberi tumpuan kepada usaha menghafaz ayat-ayat Al-Quran secara berperingkat di samping memperbaiki dan mengukuhkan hafazan melalui bimbingan guru. Bermula dengan surah-surah dalam Juzuk 30, 29, 28, 27 kemudian Juzuk 1 hingga 30.
Talaqqi Al-Quran: Peluang membaca Al-Quran secara langsung di hadapan guru untuk disemak sebutan huruf, tajwid dan kelancaran bermula dari surah Al-Fatihah hingga khatam Al-Quran.
Hafazan atau Talaqqi Al-Quran Bersanad
Program ini memberi tumpuan kepada kaedah Talaqqi Musyafahah bersama guru yang mempunyai Sanad bacaan bertaraf ijazah yang bersambung susur galurnya sehingga kepada baginda Nabi Muhammad ﷺ.
Pelajar dibimbing secara terperinci mendalami makhraj huruf, sifat huruf dan hukum tajwid yang halus mengikut riwayat bacaan muktabar.
Hafazan atau Talaqqi Hadith Bersanad
Memberi ruang kepada pelajar mendalami matan-matan hadis muktabar, memahami konteks asbabul wurud, serta mengamalkan sunnah nabawiyyah dalam kehidupan harian.
Tajwid Al-Quran
Bimbingan teori dan praktikal merangkumi makhraj huruf, sifat huruf, hukum nun/mim sakinah, serta kaedah hukum mad agar bacaan lebih kemas dan tartil.
Kelas Dalam Talian (Online)
Inisiatif khas untuk pelajar luar kawasan Shah Alam atau yang mempunyai kekangan masa untuk hadir secara fizikal tetapi tetap ingin bertalaqqi secara langsung bersama asatizah.
Maklumat Jadual & Kaedah Pengajian
Kesesuaian Jadual & Komitmen🕒 Pilihan Sesi & Waktu Pengajian
Pelajar boleh memilih bilangan kekerapan pengajian 2, 3 atau 5 kali seminggu:
| Sesi | Hari Pilihan | Waktu |
|---|---|---|
| Pagi | Isnin – Jumaat | 8.00 pagi – 11.00 pagi |
| Petang | Isnin – Jumaat | 4.30 petang – 7.30 petang |
| Hujung Minggu | Sabtu & Ahad | 8.00 pagi – 11.00 pagi |
📋 Ketetapan & Kaedah Kelas
- Semua Peringkat Usia: Kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas.
- Bimbingan One-to-One: Semakan hafazan dan talaqqi individu bersama guru.
- Pengasingan Jantina: Pelajar perempuan bersama ustazah, pelajar lelaki bersama ustaz.
- Kemasukan Baharu: Pengambilan rasmi dibuka bermula Oktober setiap tahun atau tertakluk kekosongan.
- Yuran Pendaftaran: RM50.00 semasa pendaftaran pertama.
B. Program Khas & Kuliah Bersiri
Terbuka Kepada Semua
Kelas Bahasa Arab Al-Quran – Asas Nahu
Membina asas tatabahasa Arab secara berperingkat agar lebih mudah menghayati keindahan susunan kalimah Al-Quran.
Pengajian Kitab 40 Hadis Imam Nawawi
Menghuraikan hadis-hadis muktabar merangkumi aqidah, ibadah, dan akhlak berpandukan kitab himpunan Imam an-Nawawi.
Talaqqi Al-Quran 30 Juzuk Ramadan
Mengimarahkan bulan Ramadan dengan menyempurnakan semakan bacaan 30 juzuk Al-Quran bersama para asatizah dan imam.
Masih Tidak Pasti Kelas Mana Yang Sesuai?
Hubungi pihak pentadbiran PPQH untuk mendapatkan sesi penilaian bacaan santai serta maklumat terkini pengambilan pelajar.